Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia mengesahkan helikopter tentera negara itu terhempas di barat laut Syria dan meragut nyawa dua juruterbang manakala seorang juruteknik cedera pada 31 Disember lalu.
Semalam, Kementerian Pertahanan memaklumkan nahas helikopter Mi-24 tersebut dipercayai berpunca daripada masalah teknikal.
"Helikopter tersebut melakukan pendaratan keras di kawasan terletak 15 kilometer dari lapangan terbang Hama di mana ia terhempas. Ia bukan ditembak seperti didakwa dalam beberapa laporan sebelum ini," jelas kementerian itu dalam satu kenyataan.
Juruteknik yang cedera dalam kemalangan itu telah dihantar ke pangkalan tentera udara Khmeimim di wilayah Latakia, lapor AFP.
4 Januari 2018 - 15:14
News ID: 875733
Rusia mengesahkan helikopter tentera negara itu terhempas di barat laut Syria dan meragut nyawa dua juruterbang manakala seorang juruteknik cedera pada 31 Disember lalu.